wieee...lamanya tak update blog..ada update pun,bukan hasil dari buah fikiran sendiri..copy paste jer dari mana2 web..tapi biarpun copy paste,yang penting ilmu yang disampaikan tu di harapkan berguna untuk semua..hari nie ita betul2 nak cerita..nie dari pemerhatian ita sendiri la..ita nie dah dua tahun lebih guna fesbuk..banyak orang kata fesbuk nie cuma mendatangkan keburukan daripada kebaikan..eh? iya ka? tak perasan pula ita..bukan kebaikan dan keburukan tu kita sendiri ke yang tentukan..
Bagi seorang peniga,mereka menggunakan fesbuk untuk mempromosikan produk mereka..dengan adanya fesbuk,mereka senang nak berhubung dengan pelanggan..senang nak dapat tempahan..betul tak?
Bagi seorang pemimpin pula,fesbuk atau mana2 rangkaian sosial digunakan adalah untuk sentiasa dekat dengan rakyat..agar rakyat tak rasa jauh dari pemimpin..dan pemimpin pula boleh menyebarkan maklumat dengan pantas..
Untuk seorang pendakwah,fesbuk juga boleh digunakan sebagai satu cara untuk menyebarkan dakwah,menyebarkan ilmu tentang Islam..selama ia masih berpandukan Al-Quran dan Sunnah,bukankah itu sesuatu yang baik?
Dan bagi seorang artis pula,mereka menggunakan fesbuk untuk sentiasa dekat dengan peminat mereka..senang mereka nak beritau bagaimana perkembangan mereka di dunia hiburan..itu artis..
Bagi kita insan biasa yang bukan peniaga,pemimpin,pendakwah ataupun artis,apa tujuan kita menggunakan fesbuk? tepuk dada tanya iman..
Ada yang kata,gunakan fesbuk untuk tambahkan kenalan..ada juga yg bagi alasan,nak cari kawan2 lama..dan ada juga yang nak cari keluarga yang jauh supaya senang berhubung kalau ada fesbuk..ita rasa alasan2 itu taklah salah kan..habis di mana keburukannya?
Keburukannya adalah dari diri insan yang mengunakan fesbuk itu sendiri..apa niat dia yang sebenar mengunakan fesbuk,nak memburukkan orang lain,nak menfitnah mereka yang tak bersalah atau nak menyebarkan maklumat yang tak betul kepada semua orang..??
Jika itulah niat dia,dia itu adalah orang2 yang patut kita biarkan dia bercakap seorang diri..tak perlu la kita nak layan orang2 seperti itu..adakan anda nak jadi sebahagian dari orang yang menyalahgunakan teknologi? atau anda nak jadi sebahagian dari penjenayah siber (cyber)? tak nak kan..
Jadi,sebagai pengguna internet yang baik,gunakan laman sosial ini untuk tujuan yang betul..ok...
- jauhkan diri anda dari mereka2 yang suka membuang masa dengan bercerita benda yang tak elok di fesbuk..seperti mengata orang lain..memaki hamun orang yang sebenarnya anda tak kenal pun,cuma nak memenuhkan ruang komen kawan je...
- jangan 'approve' atau menerima kawan yang sekirannya profile mereka meragukan..banyak maklumat palsu..mengunakan gambar profile yang tak senonoh..semua yang di kongsikan di dinding fesbuknya adalah benda2 yang tidak bermanfaat dan bahasa yang digunakan untuk 'update status' adalah bahasa kurang sopan..
- jangan like 'fanpage' yang sekiranya hanya untuk memburukkan orang lain..cukup anda baca,,jika memang ada yang salah,cukup anda b'istigfar di dalam hati..jauhkan diri anda dari turut memberi komen yang tak mendatangkan untung langsung..(kata2 anda mencerminkan diri anda..ingat tu)..annda nak ke dapat dosa free sebab turut brsubahat..?? tak nak juga kan..
- kongsikan maklumat anda sewajarnya sahaja..dan gambar di fesbuk yang anda muat turun banyak2 tu,'privacy' kan kalau boleh..atau edit gambar itu kemudian letak nama anda sebelum anda muat turun @ 'upload' di fesbuk..
- dan memang 'wall anda,suka2 anda nak buat apa pun',tapi ingat..jaga batas2 diri kita ya..dan berkawanlah dengan mereka yang tinggi ilmu agamanya..itulah sebaik2nya..
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”
- Riwayat At-Tamirzi -
Huraian
1.Setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dengan ajaran Islam yang sebenar serta bergaul rapat dengan masyarakat dengan menggunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu dan tidak melakukan perkara-perkara yang menimbulkan sakit hati orang lain dan mendatangkan dosa seperti berbuat khianat, merompak, menipu dan seumpamanya. 2.Tabiat manusia adalah berhubungan rapat dengan keteguhan iman dan kesabarannya. Jika baik akhlak seseorang itu maka dia akan selamat daripada balasan api neraka dan begitulah sebaliknya kerana baik buruknya seseorang terletak pada sejauhmana pandangan masyarakat umum terhadap dirinya selain daripada penilaian yang dihitung oleh Allah S.W.T sendiri.
Jadi saudara2 ku sekalian,ingatlah yang baik itu pastinya datang dari ALLAH SWT..dan yang buruk itu datang dari kita sendiri,hambaNYA yang tak sempurna..segala sesuatu yang kita ingin lakukan,kita tanya diri kita,kita tanya iman kita..betulkah apa yang aku buat..? adakah ini akan mendapat redhaNYA..?
jika tidak memperoleh jawapan,ALLAH SWT itulah jawapan untuk segala persoalan..
baiklah,cukup sampai disini ita berkongsi pendapat..jika ita ada tersalah bahasa,terlanjur tutur kata,ita minta maaf ya..semoga apa yang ita sampaikan ini bermanfaat..jika ada tambahan ilmu,sila la beri komen2 anda..kerana komen anda amat ita hargai..
wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan