Sabtu, 12 Mac 2011

Awak cubalah faham saya...

Saya tak minta awak temani saya setiap hari..
sebab saya tau awak sibuk...

saya pun tak minta awak selalu beri perhatian kepada saya..
sebab saya tau awak ada pun ada kehidupan sendiri..
awak ada mak ayah yang perlu awak beri perhatian...

saya tak marah awak nak berkawan dengan sesiapa pun..
kerana awak berhak...
banyak kawan,banyaklah ilmu dan pergalaman..

saya pun tak kisah jika awak lebih utamakan kerja..
sebab tu masa depan awak...

saya pun faham..
kadang2 mood awak tak elok..
pening dengan hal kerja...


tapi cubalah faham saya..
berilah saya walau hanya sebaris ayat..
bahawa awak baik2..
awak sihat...

agar berkurangan risau saya..
agar saya tau bahawa awak ingat pada saya..
dan saya b'erti dalam hidup awak...

saya bukan nak mengawal setiap pergerakan awak...
saya cuma nak awak tau,
saya begini pun sebab ambil berat akan diri awak...
sebab saya sayang awak...

jika satu hari nanti saya dah tiada..
agaknya baru awak akan perasan..
bahawa saya adalah insan yang selalu ingat pada awak..
walau awak tak ingat pada saya...
saya ambil berat tentang awak..
walau awak tak ambil berat tentang keadaan saya..
dan saya selalu fikirkan tentang kita..
walau awak tak pernah fikir apa2...


apa kata ita :
urrmmm...korang pernah tak berada dalam situasi kat atas..?? anda ambil berat tentang pasangan anda,tapi dia cam tak kisah jer...@ anda baru perasan bahawa seseorang tu sayang pada anda tapi anda abaikan..bila dia dah tak ada baru anda perasan akan kehadirannya selama ini...
benda2 cam nie selalu terjadi kan..
jika anda hampir2 ke arah tu,b'usaha la untuk memperbaiki hubungan ya jika ia memang boleh di selamatkan..
tapi jika memang dah tak ada cinta dalam hati..sebaiknya berterus terang..jangan siksa seseorang dalam penantian..
kerana sebuah penantian yang tak pasti itu lebih menyakitkan dari sebuah perpisahan...

(wah..jadi pakar motivasi cinta la pulak ita hujung2 minggu nie..hehe..)


enty sepenuhnya oleh : ita @ acik ita



♥ ~~ Terima Kasih sebab dah baca (^_^) ~~ ♥

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...