Selasa, 29 Mac 2011

Surat Cinta Kepada Bakal Suami

Kuuntai kalimatku dengan goresan pena ini, untukmu, suamiku yang kucintai, semoga engkau lebih berbahagia. Membaca suratmu, wahai suamiku, menjadikan aku ingat masa lalu. Aku merasakan makna kalimat-kalimatmu sebagaimana aku rasakan tatkala engkau sampaikan kalimat-kalimat itu saat kita baru memulai hidup bersama dahulu. Kini, setelah semua berlalu, dan setelah aku hampir terlupa akan kalimat-kalimat itu, engkau goreskan kalimat itu untuk kedua kalinya. Kusampaikan jazakallohu khoiran, Suamiku, atas kebaikanmu, dan atas perhatianmu kepadaku, isterimu.


Suamiku yang kucinta…


Mungkin engkau telah begitu sering mendengar kata-kata permintaanku. Namun, aku berharap engkau takkan jemu menanggapinya. Saat ini pun, aku katakan padamu, wahai suamiku, bantulah aku menjadi sebaik-baik perhiasan duniamu. Bantulah aku menjadi salah satu dari keempat kebahagiaan hidupmu. Bila engkau meminta agar aku membantumu untuk memperbaiki akhlak dan pergaulanmu kepadaku, maka lebih dari itu, aku begitu berharap engkaulah orang yang akan mengantarkanku ke taman akhlak yang mulia bersamamu.


Suamiku, jika engkau bersungguh-sungguh mengatakan kepadaku apa yang engkau goreskan itu, maka lebih dari itu, aku pun berharap engkau lebih bersungguh-sungguh membimbing, mengayomi, dan menyertakanku dalam seluruh kebaikanmu. Aku ingat nasihat emas Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam meski itu lebih tepat disebut peringatan. Peringatan bagiku sebagai seorang isteri, yang tentunya perlu engkau tahu, meski aku kira engkau pun telah mengetahuinya. Aku ingat saat beliau shalallahu ‘alaihi wasallam memperingatkan seorang wanita sebagai isteri sepertiku dengan sabdanya shalallahu ‘alaihi wasallam,


“Maka perhatikanlah, wahai si isteri, bagaimana kalian mempergauli suamimu. Sesungguhnya ia adalah syurga atau nerakamu.” [HR. Ahmad 4/341 dan 6/419, dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam Shohihul Jami' 1509 dan ash-Shohihah 6/220.]
Begitu jelasnya makna nasihat beliau itu, dan begitu tegasnya pernyataan beliau shalallahu ‘alaihi wasallam. Dengan goresan pena kita ini, semoga engkau tahu, wahai suamiku, bahawa aku begitu sangat berharap syurga dan tidak ingin terjebak ke neraka sementara aku punya engkau, suamiku. Aku tahu engkau bererti syurga, juga bererti neraka bagiku. Namun, aku berharap engkau mau mengerti bahawa aku tidak menginginkan neraka. Engkau pun pasti juga begitu. Maka, bantulah aku, suamiku.


Suamiku, tentunya engkau tahu bahawa jalan menuju syurga tidaklah mudah. Namun aku berharap jalan itu akan dipermudah bagiku. Aku berharap jalan syurgaku akan dengan mudah kutelusuri bersamaan dengan tetap adanya aku di sisimu. Apakah engkau memahami maksudku, suamiku? Aku hanya ingin mengatakan satu pintaku: buatlah aku mampu melakukan apa pun yang membuatmu redha kepadaku, sebab dengan begitu Allah pun akan meredhaiku.
Sebaliknya, belokkanlah langkahku bila aku melakukan sesuatu yang membuat Allah memurkaiku sehingga engkau pun murka kepadaku. Kerana kau tahu aku begitu lemah untuk menunaikan seluruh hak-hakmu. Bahkan tiada mungkin aku menunaikan seluruhnya sebab begitu agung dan tak terhingga hak-hakmu. Bukankah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam telah menegaskan:


“Hak seorang suami yang harus ditunaikan oleh isteri itu (nilainya begitu besar), sehingga seandainya suami terluka bernanah di badannya, lalu isterinya menjilatinya pun belum dinilai ia telah menunaikan haknya.” [HR. Hakim dalam al-Mustadrok 2717 dan beliau mengatakan hadits ini sanadnya shohih, dishohihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Shohihul Jami' 3148]
Rasanya, sangatlah berat bagiku untuk meraih syurga itu. Mengingat betapa untuk menunaikan hak-hakmu saja begitu berat bebannya kurasa.Maka, aku hanya ingin engkau menunaikan sebagian saja dari hak-hakku agar aku mampu menunaikan hak-hakmu dengan seimbang. Semoga engkau mengerti ini, dan semoga engkau sudi menerimanya, isterimu yang lemah ini. Kerana aku tahu, seperti engkau juga telah tahu, bahawa Allah Ta’ala tidak mewajibkan kepadamu selain sebagian hak-hakku semata. Bukan seluruh hak-hakku harus engkau tunaikan sehingga betapa akan semakin berat kiranya aku menunaikan hak-hakmu.
Suamiku, sejujurnya aku katakan bahawa kebahagiaan rumahku adalah tanggung jawabku. Menyambutmu dengan senyuman adalah rutin keseharianku. Ketenanganmu begitu membahagiakanku. Aku sangat suka kejayaanmu meski hanya dengan sedikit bantuanku. Saat kutahu apa maumu, begitu ringan hidupku. Semuanya kulakukan kerana aku merasa seandainya aku tidak melakukannya, hak-hakmu yang mana lagi kiranya yang kuasa kutunaikan. Maka pintaku, bantulah aku, suamiku.


Suamiku, aku tahu, sebagaimana engkau pun tahu, solat adalah sebuah kunci syurga bagiku. Maka bantulah aku, suamiku, sebagaimana aku biasa membantumu untuk mampu bersama-sama menunaikannya dengan baik dan diterima oleh-Nya Ta’ala. Aku pun tahu, sebagaimana engkau juga tahu, puasa Romadhan adalah satu kunci syurga yang lain bagiku. Maka bantulah aku, suamiku, sebagaimana aku biasa membantumu untuk mampu bersama-sama menunaikannya dengan baik, dan semoga ibadah kita diterima oleh-Nya.


Aku tahu sebagaimana engkau juga tahu, bahawa ragaku ini, diriku ini, hanya halal buatmu seorang. Maka pintaku, berilah aku sesuatu yang halal yang mampu kunikmati sebagai nafkah lahir dan batinku. Bantulah aku berlaku pintar menunaikan hakmu, sebagaimana aku akan berusaha menjadikanmu pandai berbaik-baik kepadaku. Dengan begitu, aku berharap agar kita berkesempatan bersama menggapai redha-Nya. Aku juga tahu, sebagaimana engkau juga telah tahu bahawa menaati perintah dan ajakanmu melakukan apa pun yang Allah redhai adalah salah satu kunci syurga yang lain bagiku. Maka pintaku, bila aku tidak kuasa melakukannya, janganlah engkau murkai kekuranganku tapi perintahlah aku dengan sesuatu yang lain yang aku kuasai melakukannya. Dan bila aku telah kuasa melakukan apa yang engkau perintahkan, dan aku telah memenuhi ajakanmu, janganlah lupakan Dzat Yang Maha Kuasa di atas sana.


Bersyukurlah kepada-Nya sebelum kau ucapkan kata terima kasihmu padaku. Dengan begitu, aku berharap redhaNya dan juga redhamu. Kerana aku berharap syurga-Nya. Semoga engkau memahami ini, suamiku. Seandainya ada tinta emas dalam pena kita ini, tentu aku akan tuliskan sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam ini sebagai syi’ar yang lebih bererti bagiku, dan semoga akan selalu kita baca dan kita tunaikan bersama. Beliau shalallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda,
“Jika seorang isteri telah baik shalat lima waktunya, telah baik puasa (ramadhannya), telah baik dalam menjaga kemaluannya, telah baik ketaatannya kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: “Masuklah kamu ke dalam surga dari pintu mana pun yang kau suka”. [HR. Ahmad 1573, dishohihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Shohihul Jami' 660]
Suamiku, jujur aku katakan, bukan aku belum pernah mendapati bantuanmu. Bukan. Bukan aku belum pernah mendapati engkau penuhi pintaku. Bukan. Namun aku bersyukur kepada Allah Ta’ala, selanjutnya kepadamu, atas semua yang telah engkau berikan sebagai kemudahan bagiku menuju redha-Nya dan redhamu. Aku hanya berharap menjadi isterimu yang akan menyenangkanmu di dunia juga di akhiratmu. Bantulah aku, semoga Allah memberkahi kehidupan rumah tangga kita.


Dari yang mencintaimu,
Isterimu.
p/s ita : kepada sesiapa yang nak copy..silakan jer yer...sebagai pesanan untuk bakal suami anda..hehehe..semoga berkekalan yer..insyaALLAH..AMIN...



♥ ~~ Terima Kasih sebab dah baca (^_^) ~~ ♥

Isnin, 28 Mac 2011

Awak..Jaga Diri Baik2...






Awak..walaupun nanti awak dapat kawan baru..
dan mungkin awak akan lupakan saya..
saya cuma nak awak tau...
saya tak kan pernak lupakan awak...
awak akan sentiasa di dalam hati saya...

kerana hati saya ada awak..
saya sayang awak...


♥ ~~ Terima Kasih sebab dah baca (^_^) ~~ ♥

Khamis, 24 Mac 2011

Baik Buruknya Facebook,Anda Sendiri Tentukan..

As'salammualaikum..
wieee...lamanya tak update blog..ada update pun,bukan hasil dari buah fikiran sendiri..copy paste jer dari mana2 web..tapi biarpun copy paste,yang penting ilmu yang disampaikan tu di harapkan berguna untuk semua..
hari nie ita betul2 nak cerita..nie dari pemerhatian ita sendiri la..ita nie dah dua tahun lebih guna fesbuk..banyak orang kata fesbuk nie cuma mendatangkan keburukan daripada kebaikan..eh? iya ka? tak perasan pula ita..bukan kebaikan dan keburukan tu kita sendiri ke yang tentukan..

Bagi seorang peniga,mereka menggunakan fesbuk untuk mempromosikan produk mereka..dengan adanya fesbuk,mereka senang nak berhubung dengan pelanggan..senang nak dapat tempahan..betul tak?

Bagi seorang pemimpin pula,fesbuk atau mana2 rangkaian sosial digunakan adalah untuk sentiasa dekat dengan rakyat..agar rakyat tak rasa jauh dari pemimpin..dan pemimpin pula boleh menyebarkan maklumat dengan pantas..

Untuk seorang pendakwah,fesbuk juga boleh digunakan sebagai satu cara untuk menyebarkan dakwah,menyebarkan ilmu tentang Islam..selama ia masih berpandukan Al-Quran dan Sunnah,bukankah itu sesuatu yang baik?

Dan bagi seorang artis pula,mereka menggunakan fesbuk untuk sentiasa dekat dengan peminat mereka..senang mereka nak beritau bagaimana perkembangan mereka di dunia hiburan..itu artis..

Bagi kita insan biasa yang bukan peniaga,pemimpin,pendakwah ataupun artis,apa tujuan kita menggunakan fesbuk? tepuk dada tanya iman..

Ada yang kata,gunakan fesbuk untuk tambahkan kenalan..ada juga yg bagi alasan,nak cari kawan2 lama..dan ada juga yang nak cari keluarga yang jauh supaya senang berhubung kalau ada fesbuk..ita rasa alasan2 itu taklah salah kan..habis di mana keburukannya?

Keburukannya adalah dari diri insan yang mengunakan fesbuk itu sendiri..apa niat dia yang sebenar mengunakan fesbuk,nak memburukkan orang lain,nak menfitnah mereka yang tak bersalah atau nak menyebarkan maklumat yang tak betul kepada semua orang..??

Jika itulah niat dia,dia itu adalah orang2 yang patut kita biarkan dia bercakap seorang diri..tak perlu la kita nak layan orang2 seperti itu..adakan anda nak jadi sebahagian dari orang yang menyalahgunakan teknologi? atau anda nak jadi sebahagian dari penjenayah siber (cyber)? tak nak kan..

Jadi,sebagai pengguna internet yang baik,gunakan laman sosial ini untuk tujuan yang betul..ok...

- jauhkan diri anda dari mereka2 yang suka membuang masa dengan bercerita benda yang tak elok di fesbuk..seperti mengata orang lain..memaki hamun orang yang sebenarnya anda tak kenal pun,cuma nak memenuhkan ruang komen kawan je...

- jangan 'approve' atau menerima kawan yang sekirannya profile mereka meragukan..banyak maklumat palsu..mengunakan gambar profile yang tak senonoh..semua yang di kongsikan di dinding fesbuknya adalah benda2 yang tidak bermanfaat dan bahasa yang digunakan untuk 'update status' adalah bahasa kurang sopan..

- jangan like 'fanpage' yang sekiranya hanya untuk memburukkan orang lain..cukup anda baca,,jika memang ada yang salah,cukup anda b'istigfar di dalam hati..jauhkan diri anda dari turut memberi komen yang tak mendatangkan untung langsung..(kata2 anda mencerminkan diri anda..ingat tu)..annda nak ke dapat dosa free sebab turut brsubahat..?? tak nak juga kan..

- kongsikan maklumat anda sewajarnya sahaja..dan gambar di fesbuk yang anda muat turun banyak2 tu,'privacy' kan kalau boleh..atau edit gambar itu kemudian letak nama anda sebelum anda muat turun @ 'upload' di fesbuk..

- dan memang 'wall anda,suka2 anda nak buat apa pun',tapi ingat..jaga batas2 diri kita ya..dan berkawanlah dengan mereka yang tinggi ilmu agamanya..itulah sebaik2nya..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”
- Riwayat At-Tamirzi -
Huraian
1.Setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dengan ajaran Islam yang sebenar serta bergaul rapat dengan masyarakat dengan menggunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu dan tidak melakukan perkara-perkara yang menimbulkan sakit hati orang lain dan mendatangkan dosa seperti berbuat khianat, merompak, menipu dan seumpamanya.


2.Tabiat manusia adalah berhubungan rapat dengan keteguhan iman dan kesabarannya. Jika baik akhlak seseorang itu maka dia akan selamat daripada balasan api neraka dan begitulah sebaliknya kerana baik buruknya seseorang terletak pada sejauhmana pandangan masyarakat umum terhadap dirinya selain daripada penilaian yang dihitung oleh Allah S.W.T sendiri.


Jadi saudara2 ku sekalian,ingatlah yang baik itu pastinya datang dari ALLAH SWT..dan yang buruk itu datang dari kita sendiri,hambaNYA yang tak sempurna..segala sesuatu yang kita ingin lakukan,kita tanya diri kita,kita tanya iman kita..betulkah apa yang aku buat..? adakah ini akan mendapat redhaNYA..?
jika tidak memperoleh jawapan,ALLAH SWT itulah jawapan untuk segala persoalan..

baiklah,cukup sampai disini ita berkongsi pendapat..jika ita ada tersalah bahasa,terlanjur tutur kata,ita minta maaf ya..semoga apa yang ita sampaikan ini bermanfaat..jika ada tambahan ilmu,sila la beri komen2 anda..kerana komen anda amat ita hargai..
wassalam..


♥ ~~ Terima Kasih sebab dah baca (^_^) ~~ ♥

Isnin, 21 Mac 2011

Andai La Awak Tau....

As'salammualaikum..masa ita tengah tengok2 fesbuk (tengok jer..tak buat apa2..hehe)ita ternampak tajuk nota ini..urmm..cam menarik...bila ita baca..memang menarik...jadi kepada siapa pun yang empunya nota,ita minta izin publish di blog yer..(nak bagi komen tak leh..sbb bukan fb fren)..tapi yg empunya fesbuk bernama Eiyra Ahmad..
selamat membaca la kepada semua...
TERUTAMA KAUM LELAKI...

***********

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


♥ ~~ Terima Kasih sebab dah baca (^_^) ~~ ♥

Jumaat, 18 Mac 2011

Cinta Allah S.W.T...@ Cinta dunia..???

As'salammualaikum..hari ini ita ada lagi satu artikel tentang cinta..sebenarnya artikel nie dah lama di nota fesbuk ita..tapi ita lupa nak letak dari website mana ita dapat..minta maaf..apa pun,ita harap semoga artikel ini bermanfaat untuk kita....(sharing is caring kan..hehehe)

**********

Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi pikiran sekaligus mengendalikan tindakan. Sungguh, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cintalah yang mampu melunakkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta (Jalaluddin Rumi).

Namun hati-hati juga dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pecinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni.

Cinta Allah cinta yang tak bertepi. Jikalau sudah mendapatkan cinta-Nya, dan manisnya bercinta dengan Allah, tak ada lagi keluhan, tak ada lagi tubuh lesu, tak ada tatapan kuyu. Yang ada adalah tatapan optimis menghadapi segala cobaan, dan rintangan dalam hidup ini. Tubuh yang kuat dalam beribadah dan melangkah menggapai cita-cita tertinggi yakni syahid di jalan-Nya.

Tak jarang orang mengaku mencintai Allah, dan sering orang mengatakan mencitai Rasulullah, tapi bagaimana mungkin semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan, sebagaimana seorang arjuna yang mengembara, menyebarangi lautan yang luas, dan mendaki puncak gunung yang tinggi demi mendapatkan cinta seorang wanita. Bagaimana mungkin menggapai cinta Allah, tapi dalam pikirannya selalu dibayang-bayangi oleh wanita/lelaki yang dicintai. Tak mungkin dalam satu hati dipenuhi oleh dua cinta. Salah satunya pasti menolak, kecuali cinta yang dilandasi oleh cinta pada-Nya.
Di saat Allah menguji cintanya, dengan memisahkanya dari apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, sering orang tak bisa menerimanya. Di saat Allah memisahkan seorang gadis dari calon suaminya, tak jarang gadis itu langsung lemah dan terbaring sakit. Di saat seorang suami yang istrinya dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tak punya gairah dalam hidup. Di saat harta yang dimiliki hangus terbakar, banyak orang yang hijrah kerumah sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian dari Allah, karena Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya pada-Nya. Allah menginginkan bukti, namun sering orang pun tak berdaya membuktikannya, justru sering berguguran cintanya pada Allah, disaat Allah menarik secuil nikmat yang dicurahkan-Nya.

Itu semua adalah bentuk cinta palsu, dan cinta semu dari seorang makhluk terhadap Khaliknya. Padahal semuanya sudah diatur oleh Allah, rezki, maut, jodoh, dan langkah kita, itu semuanya sudah ada suratannya dari Allah, tinggal bagi kita mengupayakan untuk menjemputnya. Amat merugi manusia yang hanya dilelahkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan enggan menolong orang yang papah. Padahal nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh dirinya ketika hidup didunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, ataukah terlena oleh dunia yang fana ini. Jika cinta kepada selain Allah, melebihi cinta pada Allah, merupakan salah satu penyebab do’a tak terijabah.

Bagaimana mungkin Allah mengabulkan permintaan seorang hamba yang merintih menengadah kepada Allah di malam hari, namun ketika siang muncul, dia pun melakukan maksiat.

Bagaimana mungkin do’a seorang gadis ingin mendapatkan seorang laki-laki sholeh terkabulkan, sedang dirinya sendiri belum sholehah.

Bagaimana mungkin do’a seorang hamba yang mendambakan rumah tangga sakinah, sedang dirinya masih diliputi oleh keegoisan sebagai pemimpin rumah tangga..

Bagaimana mungkin seorang ibu mendambakan anak-anak yang sholeh, sementara dirinya disibukkan bekerja di luar rumah sehingga pendidikan anak terabaikan, dan kasih sayang tak dicurahkan.

Bagaimana mungkin keinginan akan bangsa yang bermartabat dapat terwujud, sedangkan diri pribadi belum bisa menjadi contoh teladan

Banyak orang mengaku cinta pada Allah dan Allah hendak menguji cintanya itu. Namun sering orang gagal membuktikan cintanya pada sang Khaliq, karena disebabkan secuil musibah yang ditimpakan padanya. Yakinlah wahai saudaraku kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman…

Dengan kesusahan, Allah hendak memberikan tarbiyah terhadap ruhiyah kita, agar kita sadar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak bisa berbuat apa-apa kecuali atas izin-Nya. Saat ini tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang keras untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar dari cinta palsu.

Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk Allah Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa hal yang perlu kita persiapkan yaitu:

1) Iman yang kuat

2) Ikhlas dalam beramal

3) Mempersiapkan kebaikan Internal dan eksternal. kebaikan internal yaitu berupaya keras untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah. Seperti qiyamulail, shaum sunnah, bacaan Al-qur’an dan haus akan ilmu. Sedangkan kebaikan eksternal adalah buah dari ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengaplikasikannya dalam setiap langkah, dan tarikan nafas disepanjang hidup ini. Dengan demikian InsyaAllah kita akan menggapai cinta dan keridhaan-Nya.


 



♥ ~~ Terima Kasih sebab dah baca (^_^) ~~ ♥

Khamis, 17 Mac 2011

Saya Rindu Awak

Masa ita tengah surf internet,ita terjumpa artikel nie...ita rasa artikel nie menarik untuk di kongsikan..jadi selamat membaca la kepada sesiapa juga yang tertarik untuk mengetahuinya lebih lanjut... ^_^

Awak mengetahui yang awak merindui seseorang apabila jantung awak berdegup pantas ketika teringatkan dia. Walaupun sekadar 'hai? daripada dia pun sudah mencukupi sebagai penenang. Awak mungkin menaruh hati padanya, cuma awak tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.
Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu 'sweet' saya mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi dia.

Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.

Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.

Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.

Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi ia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa berubah.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1220.0


♥ ~~ Terima Kasih sebab dah baca (^_^) ~~ ♥

Selasa, 15 Mac 2011

Kisah sebuah cinta...

  Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.
  Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.
  Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.
  Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.
  Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang bersama..


♥ ~~ Terima Kasih sebab dah baca (^_^) ~~ ♥

Ujian itu mengajar ku erti sabar..

'Kita sering mahukan hari yang CERAH, tapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya HUJAN perlu diturunkan… kita sering inginkan KESERONOKAN, jauh sekali KESUSAHAN, tapi Allah lebih mengetahui, KESUSAHAN itulah yang mengajar kehidupan… kita sering inginkan KETENANGAN, hakikatnya diri ini penuh DOSA & KEJAHATAN, tapi manusia tak dapat lari dari KESILAPAN… SEMUA itu bukan HUKUMAN, tapi sebagai tanda KASIH SAYANG ALLAH agar kita lebih tabah..'

Itulah kata-kata motivasi yang selalu ita baca bila ita sedang sedih,keliru atau kecewa..ya..hidup nie tak selalu indah..apa yang terjadi selalu tak sama dengan apa yang kita harapkan,apa yang kita inginkan..kita selalu berdoa agar kita mendapatkan yang terbaik dalam hidup kita,tapi kita sedar tak? sebenarnya ujian itulah yang mengajar kita menjadi insan lebih kuat,tabah dan sabar..kerana DIA lebih tau,apa yang kita perlu dari apa yang kita mahu..

Cuba kita renungkan bersama,jika kita selalu dapat apa yang kita mahu,adakah kita akan slalu ingat kepada DIA? yang pastinya,kita akan jadi lupa diri..kita lupa kepada Pencipta kita,,kita lupa bahawa dunia nie hanya sementara,hanya pinjaman..kerana memang itulah manusia..
jadi bersyukurlah jika diuji..itu tanda DIA kasih pada kita,DIA sayang dengan kita,DIA suka dengar kita berdoa sdan memuji namaNYA..kerana kita di ciptakan memang untuk sentiasa ingat kepada DIA..kerana hanya dengan redhaNYA kita dapat dapat hidup hingga ke saat ini..

ita faham,dan teramat faham,kadang2 kita terluka dengan ujian yang ALLAH SWT beri..kita tak mampu menahan air mata..tapi yakinilah,jauh di atas segalanya,DIA telah m'aturkan sesuatu yang indah dan lebih baik untuk kita..

MUJAHID ITU MEMANG PAHIT  KERANA SYURGA ITU MANIS..

itulah yang ita belajar sejak kebelakangan ini...tak salah kita menangis,kerana memang dengan air mata dan meluahkan semua,hati kita menjadi lebih tenang..tapi menangislah pada yang seharusnya..luahkanlah kepada DIA yang mencipta kita..pilihlah waktu yang tepat untuk mengadu,maka insyaALLAH,kita akan rasa ketenangan..walau kita menghadapi masalah atau ujian seberat apapun,kita akan mampu menghadapinya


ita juga bersyukur..kerana bila ita diuji,ALLAH telah hadirkan insan2 yang baik dalam hidup ita..alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH...
hanya DIA yang mampu membalas kebaikan mereka...


♥ ~~ Terima Kasih sebab dah baca (^_^) ~~ ♥

Sabtu, 12 Mac 2011

Awak cubalah faham saya...

Saya tak minta awak temani saya setiap hari..
sebab saya tau awak sibuk...

saya pun tak minta awak selalu beri perhatian kepada saya..
sebab saya tau awak ada pun ada kehidupan sendiri..
awak ada mak ayah yang perlu awak beri perhatian...

saya tak marah awak nak berkawan dengan sesiapa pun..
kerana awak berhak...
banyak kawan,banyaklah ilmu dan pergalaman..

saya pun tak kisah jika awak lebih utamakan kerja..
sebab tu masa depan awak...

saya pun faham..
kadang2 mood awak tak elok..
pening dengan hal kerja...


tapi cubalah faham saya..
berilah saya walau hanya sebaris ayat..
bahawa awak baik2..
awak sihat...

agar berkurangan risau saya..
agar saya tau bahawa awak ingat pada saya..
dan saya b'erti dalam hidup awak...

saya bukan nak mengawal setiap pergerakan awak...
saya cuma nak awak tau,
saya begini pun sebab ambil berat akan diri awak...
sebab saya sayang awak...

jika satu hari nanti saya dah tiada..
agaknya baru awak akan perasan..
bahawa saya adalah insan yang selalu ingat pada awak..
walau awak tak ingat pada saya...
saya ambil berat tentang awak..
walau awak tak ambil berat tentang keadaan saya..
dan saya selalu fikirkan tentang kita..
walau awak tak pernah fikir apa2...


apa kata ita :
urrmmm...korang pernah tak berada dalam situasi kat atas..?? anda ambil berat tentang pasangan anda,tapi dia cam tak kisah jer...@ anda baru perasan bahawa seseorang tu sayang pada anda tapi anda abaikan..bila dia dah tak ada baru anda perasan akan kehadirannya selama ini...
benda2 cam nie selalu terjadi kan..
jika anda hampir2 ke arah tu,b'usaha la untuk memperbaiki hubungan ya jika ia memang boleh di selamatkan..
tapi jika memang dah tak ada cinta dalam hati..sebaiknya berterus terang..jangan siksa seseorang dalam penantian..
kerana sebuah penantian yang tak pasti itu lebih menyakitkan dari sebuah perpisahan...

(wah..jadi pakar motivasi cinta la pulak ita hujung2 minggu nie..hehe..)


enty sepenuhnya oleh : ita @ acik ita



♥ ~~ Terima Kasih sebab dah baca (^_^) ~~ ♥

Jumaat, 11 Mac 2011

Hati-hati apabila memperlihatkan gambar di facebook..

As'salammualaikum...

baru-baru ni ita ternampak sesuatu yang rasanya tak wajar berlaku..
tapi benda nie berlaku juga kerana di lakukan oleh mereka2 yang tak bertanggungjahat...
mereka mengambil mengambil gambar a.k.a copy gambar itu dari a/c facebook seseorang kemudian mereka buat satu a/c facebook baru dan menggunakan gambar yang di 'curi' tadi sbg 'pic profile'...

urrrmmm..apa sebenarnya motif mereka2 buat begitu ye..??? kalau tak nak guna gambar sendiri,gunalah gambar katun ke,kucing,hello kitty..kan cute..
kenapa perlu guna gambar orang lain?? curi pulak tu..jangan suka mencuri..tak baik untuk kesihatan....

ita tau benda nie sebenarnya dah lama berlaku..tapi ita nak ingatkan je sekali lagi..kepada anda yang serius m'gunakan facebook..dan rajin upload gambar,privacy kan lah album itu..bagi tengok kepada kawan2 je ke,family @ orang yang korang percaya la...@ anda edit gambar itu dan letakkan nama anda..

ita dah buat semua langkah keselamatan itu..anda bila lagi...???
(^_^)


♥ ~~ Terima Kasih sebab dah baca (^_^) ~~ ♥

Cerita tentang cinta dan kecewa...

As'salammualaikum..

Cinta adalah topik yang sangat popular..semua orang begitu tertarik bila bercerita tentang cinta..tak percaya? percaya jer la..sebab kalau tak,tak kan la anda baca entry ita yang nie kan..suka la tu..hehe..

ok la,berbalik tentang cinta..semua orang ada versi sendiri yang menjelaskan tentang cinta..benda tu tak salah,selama cinta itu tak di salah ertikan dan di samakan dengan nafsu..
bila jatuh cinta,seseorang akan menjelaskan cinta itu dengan begitu indah..dan dia menceritakan yang baik2 tentang pasangannya..dia dah tak nampak apa yang buruk dari pasangannya..betul tak?
tapi bila kecewa,patah hati..kadang2 ita takut nak dengar atau baca keterangan sama ada di fb,blog..atau yang cam angah ita cerita kemarin dengan ita..ada lelaki marah2 masa tel kat radio..sebab dia ditinggalkan oleh tunangnya,walhal mereka dah nak kawen..tapi dia marah dan samakan semua wanita tu dengan tunang dia..amboi...cakap ikut sedap mulut jer ye..

nie pendapat ita la..marah,sedih dan kecewa adalah perasaan normal bagi mereka yang baru ditinggalkan oleh pasangan..kalau tak sedih tu,ita tak tau la..tapi kenapa nak marah2 dan samakan semua wanita dengan bekas tunang dia?? tak adil la..kalau ita kata SEMUA LELAKI nie mata keranjang,buaya darat,penipu..anda suka tak wahai lelaki2 di luar sana?? tak suka kan....
sebab tak semua macam tu..ada yang jahat,mesti ada yang baik..mungkin dia belum bertemu dengan pasangan yang tepat..terima je hakikat bahawa memang tak ada jodoh antara mereka..dan tak perlu la marah2 sampai begitu sekali..bagi ita,dia sama jer memalukan diri dia dengan semua orang yang dengar dia di radio..nak kesiankan dia sebab ditinggalkan tunang pun tak jadi dah,tapi timbul pula marah dengan kata2 dia..ish..ish..ish..

jangan biarkan emosi melebihi tahap keimanan kita sebagai hambaNYA..kita mengaku yang kita b'iman kepada qada' dan qadarNYA..tapi kenapa kita tak boleh terima semua ketentuan yang telah ALLAH SWT aturkan untuk kita..?? berhak ke kita sebagai sesama manusia menghakimi semua orang itu jahat?? tepuk dada tanya iman..
pernah dengar tak,'CINTA ITU URUSAN HATI,DAN HATI ITU URUSAN ALLAH SWT'...jika anda faham maksud dari kata2 ini,anda tak kan biarkan diri anda hanyut dalam kemarahan,kesedihan dan kekecewaan..(ita nyanyi lagu hanyut nanti,baru korang pengsan..hehehe)

jika anda yakin bahawa jodoh pertemua,rezeki dan ajal maut itu di tangan Tuhan,anda tak kan terbuai terlalu lama dalam sebuah kesedihan..mungkin ALLAH ingin anda bertemu dengan insan yang salah sebelum dia pertemukan dengan insan yang betul2 tepat untuk di jadikan pasangan..kerana setiap yang terjadi itu pasti ada hikmah yang tersembunyi..
(jadi pakar motivasi cinta pula ita hari nie..hehehe)

♥ jika inginkan suami sehebat Saidina Ali R.A bentuklah dirimu supaya menjadi sehebat Saidatina Fatimah Az-Zahra... ♥

tu adalah kata2 yang ita terbaca di salah satu web..mungkin agak susah untuk kita menjadi sehebat itu..tapi cuba dan b'usahalah membentuk diri anda menjadi insan yang lebih baik..dan lebih optimis..
sahabat2ku...~~~> 'Serahkan hati mu pada ALLAH, nescaya akan diserahkanNYA kepada pemilik yang terbaik.'


entry oleh : ita @ acik ita
♥ Milikilah hatiku dengan izin ALLAH, milikilah cintaku kerana cintaNYA, milikilah diriku kerana agamaNYA, milikilah jiwaku keranaNYA ♥


♥ ~~ Terima Kasih sebab dah baca (^_^) ~~ ♥

Rabu, 9 Mac 2011

Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya..

As'salammualaikum..
apa khbar? semoga anda sihat selalu hendakNYA..kemarin adalah hari yang sangat mencemaskan bagi semua orang yang tinggal di kampung Titingan..(dalam daerah Tawau)..musibah kebakaran yang terjadi kira2 11 pagi tu telah memusnahkan kira2 60 buah rumah..(mungkin juga lebih)..tapi alhamdulillah,tempat ita tinggal jauh sikit dari tempat kejadian..tapi ita tetap juga ambil tindakan berjaga2 dengan mengemas semua dokumen2 penting..sebab kalau api tu merebak sampai ke  kilang membuat ais,mungkin akan bertambah bahaya..jika gas dalam kilang tu meletup,masyaALLAH,tak dapat ita bayangkan..ALLAH S.W.T masih melindungi ita dan keluaga ita..syukur yang sebesar-besarnya...

ita faham bagaimana rasanya kehilangan tempat berteduh..kehilangan semua harta yang dimiliki..kerana ita sendiri dah alaminya sekali..walaupun masa tu ita masih kecil,tapi penderitaan orang tua ita masa itu dapat ita bayangkan pada saat ini..kehilangan harta memang menyedihkan,namun jika nyawa terselamat,itu sudah lebih daripada cukup..kerana harta adalah pinjaman sementara untuk manusia di dunia nie..DIA boleh berikan bila2 masa,namun DIA juga boleh tarik semula bila2 masa dengan apa cara sekali pun tanpa perlu meminta izin..kerana itu milikNYA..di sinilah keikhlasan dan kekuatan hambaNYA di uji..hanya keimanan yang tebal dan semangat yang tinggi menjadi dorongan untuk terus bertahan bagi meneruskan hidup..apa lagi jika ada anak yang masih kecil..ya ALLAH...hati nurani setiap insan pasti akan tersentuh melihat keadaan itu..semoga apa yang berlaku dapat di jadikan pengajaran kepada setiap insan..jangan m'anggap ia hanya semata2 musibah yang menyedihkan..tapi anggaplah ia sebagai satu amaran kecil agar kita lebih berhati2 di bumiNYA ini..

Setiap yang terjadi telah ada yang berkehendak..maka ikhlas dan redhalah dengan setiap kehendakNYA..yang buruk itu selalu datang dari manusia sendiri,dan yang baik itu sudah semestinya datang dari ALLAH S.W.T..jadi yakinilah,jika semua itu terjadi atas kehendakNYA,pasti ada hikamh yang tesembunyi di sebalik apa yang menimpa..ALLAH juga tak kan menguji hambaNYA di luar batas kemampuan kita sebagai manusia..mungkin ALLAH ingin kita lebih meningkatkan usaha,doa dan keimanan kita..ingatlah bahawa tak ada yang sia2 jika itu datang dariNYA..






♥ ~~ Terima Kasih sebab dah baca (^_^) ~~ ♥

Cara ku mencintaimu..

Maaf jika aku tak pernah bersamamu..
maaf jika aku tak dapat selalu di sisimu..
walaupun kita terpisah oleh jarak dan waktu..
namun ia tak pernah mengurangkan rasa cintaku padamu...

itulah cara ku mencintaimu..

Maaf jika aku tak pernah memberi kata2 cinta..
dan tak pernah juga selalau bisa mengungkapkan rindu..
tapi di setiap doaku
aku tak pernah lupa mendoakan dirimu...
kebahagiaanmu dan kesejahteraan dirimu bersama keluarga mu...


tak selalu bersama tak bermakna kita jauh..
kerana engkau sentiasa dekat di hatiku...
jarang mendengar suara tak bermakna aku tak rindu..
kerana dirimu sentiasa bermain dalam ingatanku..
tak pernah bergurau senda bukan bermaksud aku tak sayang..
ketahuilah bahawa dirimu amat b'makna dalam hidupku di apa jua waktu..

kerana itulah cara aku mencintaimu...

oleh : ita @ acik ita ..

(aiseh..sejak bila la pulak ita jadi penulis puisi yang tak bertauliah nie..hehehe...tak apa la..daripada wat benda yang tak b'faedah..baik cam nie kan...kalau tak bagus,maaf la ye semua..ita belajar2 je nie..)


♥ ~~ Terima Kasih sebab dah baca (^_^) ~~ ♥

Isnin, 7 Mac 2011

Cintaku untuk Pencipta....

Salam..Dalam melayari bahtera percintaan ini, kadang kala kita akan diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan yang pelbagai..Yang mana akan membuatkan kita rasa tertewas..rebah tersungkur menyembah bumi… Sayang, begitu juga cinta kita…x selalunya indah seperti yang kita harapkan..ada kalanya kita bergaduh..menangis..kecewa…dan kalanya kita bergembira..ketawa..bahagia.. Begitu indah Dia yang diatas sana mengaturkan segalanya… Semua itu asam garam yang pastinya akan membuatkan kita lebih mengerti akan sesuatu hubungan itu… Yang penting..sulamkan hubungan itu dengan penuh kasih sayang..tapi jangan sampai membatasi kasih sayang kita pada Pencipta kita yang hakiki….


♥ ~~ Terima Kasih sebab dah baca (^_^) ~~ ♥

Dulu aku pernah Kecewa...

Dulu aku pernah kecewa...
cinta ku yang setia dibalas dengan dusta..
kejujuran ku dibalas dengan seribu penipuan..
dan keikhlasan ku dibayar dengan kecurangan...

pedih..
sakit...
dan terluka..
itulah yang aku rasa...

Dulu aku pernah kecewa..
hingga tak mencintai lagi..
tak ingin menerima insan lain
di dalam hati..
& aku kunci rapat-rapat hati ku ini...

Tapi itu semua pada satu ketika
yang telah lepas...
yang ku sebut 'dulu'..

Sejak kehadiran sang arjuna itu..
yang telah melamar cintaku
baru aku sedar...
bahawa sesuatu yang ku sebut 'dulu'
harus ku biarkan ia jadi kenangan..
bukan bayangan..
yang selalu mengekori setiap langkahku..

Yang 'dulu' itu..
sudah pasti bukan jodoh ku..
yang 'dulu' itu..
sudah tentu bukan insan yang tepat
untuk ku...
ALLAH S.W.T hadirkan insan yg 'dulu'
adalah untuk menguji kekuatan ku..
kesabaran ku..
dan keikhlasanku..

Meski dulu aku pernah kecewa..
namun aku bersyukur
kepada MU Ya ALLAH..
selepas ujian itu
KAU gantikan dengan yang lebih baik..

Segala sesuatu..
jika datang dari MU,
pasti ada hikmah yang tersembunyi..
meski manusia tak pernah tau..

Semoga cinta ku kali ini..
tak mengurangkan sedikitpun
rasa cinta ku pada MU..
Semoga cinta ini
semakin menambahkan keimanan ku
hanya kepada MU..

Selamat tinggal
wahai 'dulu' yang telah lalu...





ciptaan sepenuhnya oleh : Ita @ Acik Ita


♥ ~~ Terima Kasih sebab dah baca (^_^) ~~ ♥

Sabtu, 5 Mac 2011

Bisikan Hati Muslimah Solehah

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagi ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.



Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di luh mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu, kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.



Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaan itu kepadaku, kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.



Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfaq seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangamu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.



Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.



Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan aku dan kau lupa tanggungjawabmu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku…



http://sunahmohammad.asasian.net/


♥ ~~ Terima Kasih sebab dah baca (^_^) ~~ ♥

Jumaat, 4 Mac 2011

DERAP TASBIH CINTA

Rabbi..

Jika cintaku Kau ciptakan untuknya,
tabahkan hatinya,
teguhkan iman nya,
sucikan cintanya,
lembutkan rindunya..

Rabbi..

Jika hatiku Kau ciptakan untuknya,
penuhi hatinya dgn kasih Mu,
terangi langkahnya dengan nur Mu,
bisikkan kedamaian dalam kegalauan,
temani dia dlm kesepian..

Rabbi..

Kutitipkan cintaku padaMu untuknya..
Resapkan rinduku pada rindunya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya
satukan hidupku dan hidupnya dlm cinta Mu ..

sebab,sungguh aku mencintainya karena Mu..
 


*******Subhanallah..

^_^


♥ ~~ Terima Kasih sebab dah baca (^_^) ~~ ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...