(tak jawab..urrmmm..fikir la sendiri...)
apa khbar saudara2ku..dan juga kawan2ku...semoga sentiasa dalam keadaan baik..dan semoga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat ALLAH SWT..insyaALLAH..amin...
dah berapa hari acik ita tak masuk kerja..banyak yang kena acik siapkan..tapi bukan sengaja tak nak masuk kerja..mak acik tak sihat..dah seminggu lebih mak diuji..dan seminggu itu juga hati acik dalam kerisauan..siapa tak sayang mak kan..itu je la harta yang paling bernilai dalam hidup kita..selama mak ayah kita masih hidup,tak ada harta dunia yang mampu menandingi nilai seorang ibu dan ayah..
tapi alhamdulillah,mak acik sekarang dalam keadaan baik..lebih sihat berbanding 1minggu yang lepas..
walaupun mak kata dia boleh jaga diri masa acik kerja,tapi hati acik yang tak tenang bila m'ingat bahawa mak sakit di rumah..fikiran nie tak boleh fokus pada benda lain..cuma mak yang ada di dalam fikiran..hati tak henti2 berdoa kepada ALLAH mengharapkan kesembuhan bagi mak..
kadang2 acik menyalahkan diri..adakah ini kesalah acik kerana tidak menjaga mak dengan baik..tapi bapa ingatkan acik,jangan sesekali menyalahkan diri..kerana ini adalah takdir dari ALLAH SWT..DIA nak uji mak..DIA nak m'hapus dosa2 mak yang lepas..pasti ada hikmah semua ini terjadi..lagipun ALLAH SWT tak akan m'uji hambaNYA di luar batas kemampuan kita sebagai manusia..jadi b'doa,b'usaha dan bertawakalah..
bila melihat mak tak sihat di usia begini,acik betul2 sedih..kenapa bukan acik saja yang merasakannya..kerana tenaga acik masih cukup banyak utk melawan..namun,itulah ketentuan ALLAH...kita sebagai hambaNYA yang lemah hanya mampu berdoa semoga kami sentiasa diberikan perlindungan dari segala musibah..
namun hati seorang anak,tipu la jika tak sedih,sayu,dan menangis andai mak yang di sayang hanya mampu terbaring..tak boleh buat apa2..hati ni cam disiat2 dengan mata pisau yang paling tajam..ingin rasanya acik mengeluarkan air mata,tapi acik tak boleh..acik tak nak mak bertambah risau memikirkan acik..acik cuba menahan air mata dari mengalir di depannya..tapi di hati hanya DIA yang tahu...
Alhamdulillah sekali lagi untuk kesembuhan mak acik sekarang...yang telah lepas,biarlah lepas..semoga ALLAH SWT meredhai setiap ujian yang mak acik rasakan...
..segala puji dan syukur ini hanya milik MU..
'Mak..janganlah sakit2 lagi...ita risau..kalau mak sakit,ita dah tak ada teman nak bergurau,nak bergelak ketawa dan bercerita..mak sembuh ya..ita akan jaga mak baik2..walaupun kita tak ada ahli keluarga yang ingat dengan mak..ita kan ada..ita sayang mak...'

Tiada ulasan:
Catat Ulasan