As'salammualaikum..selamat pagi..jika anda baca petang atau malam,selamat petang atau selamat malam acik ucapkan..
acik tengah geram sebenarnya dengan segelintir pengguna rangkaian sosial yang tak tau menghormati orang langsung..tak ada adab..tak tau budi bahasa..bercakap macam orang yang tak pernah sekolah langsung..

(huish..marah betul ni..)
acik tak la marah tahap gaban..cuma geram jer..
acik tak kata semua pengguna rangkaian sosial nie teruk dan tak tau menghormati orang..baca baik2..
SEGELINTIR..
semoga anda yang baca blog acik nie bukan yang cam tu yer..
bagi acik la kan,orang yang cam tu hanya memalukan nama baik sendiri,nama baik orang tua dan nama baik agama..
biarpun orang lain tak kenal siapa dia,tapi bila orang tengah marah,mesti mak bapa penjenayah siber tu pun akan terima tempias..tak percaya..???
cuba ambil contoh nie..
bila penjenayah siber tu cakap yang kotor kepada seseorang..cakap yang ikut suka hati..yang mengajak kepada maksiat..
orang itu pun pasti akan marah kepada penjenayah itu kan..apa yang dia akan cakap?
'mungkin mak bapa dia tak didik dia kat rumah'
haaaa...kan mak bapa yang tau apa2 dah terlibat sama..seperti mencontengkan arang ke muka orang tua tu namanya..klo conteng dengan cream strawberry,sedap sikit..nie arang..
walau orang tak mengenali siapa orang yang dah berbuat jahat di rangkain sosial,tapi harus diingat,ALLAH SWT MAHA MELIHAT..
ingat wahai penjenayah siber..
ANDA SEDANG DIPERHATIKAN....
'cctv' ALLAH lagi canggih tau..dalam film orang putih tu korang tengok canggih giler(kononnya)...tapi kuasa ALLAH,subhanallah,meliputi seluruh alam..apa yang terjadi di langit dan di bumi,DIA MAHA TAHU..
sedangkan apa yang terjadi di dasar laut pun ALLAH boleh tau,inikan lagi kita yang hari2 berjalan di atas tanahNYA..
jadi bawa2lah bertaubat..buat apa nak bazirkan masa buat benda yang tak berfaedah..berkata yang tak senonoh,ajak orang buat maksiat,menunjukkah gambar2 tak senonoh a.k.a porno..semua benda tu sia2..bukan mendatangkan pahala pun..
bagi carta dosa meningkat ada la..
lagipun tak ada untungnya buat semua tu kat rangkaian sosial spt facebook,friendster @ yg hampir sama dengannya..
kalau buat semua perbuatan sia2 tu orang akan kagum ker?
orang akan puja ker?
atau oarang akan sanjung dan diberi pujian melangit?
ataukah akan terus masuk tv,diwawancara dalam rancangan khas?
tak kan...tau pun...
orang maki hamun

..orang menyumpah2 ada la..
pernah dengar tak,kata2 itu ibarat doa..pernah kan..
jadi jika dalam sehari 10 orang keluarkan kata2 doa,dalam sebulan ada berapa?
sebulan lebih kurang 280 doa..fuhh..banyak tu..
kalau doa jadi kaya tak apa juga..bagus lagi kan..
tapi kalau doa yang teruk? tak dapat acik nak tolong...
yang paling acik geram bercampur marah nie,dah la kata2 tak senonoh,tapi kat profile dia,boleh dia mengaku sebagai seorang Islam..dlam islam tak ada ajar buat perkara yang sia2 la..dan acik yakin,semua agama pun tak ada ajar cam tu..
kalau mengaku sebagai seorang muslim,buatlah cara seorang muslim..bukannya buat benda2 tak senonoh..
jika benar mengaku sebagai orang yang dapat pendidikan,buatlah cara seperti orang ada didikan..spt orang b'ilmu..
ingat,kita hidup di dunia ni hanya sementara..bila DIA nak panggil kita,adakah DIA akan bagi notis dulu?
tak...
jadi kalau nak buat sesuatu,buatlah untuk kebaikan di jalan ALLAH..
anda senang..anda dapat pahala..orang yang anda ajak pun sejuk je hatinya..
jika anda rasa anda belum cukup ilmu agama,jangan risau,ilmu tu boleh datang jika kita b'usaha untuk mencari..
DI MANA ADA KEMAHUAN,DI SITU ADA USAHA YANG BERTERUSAN...
ilmu agama acik pun masih cetek..tapi tak salahkan kalau kita berusaha belajar setiap hari...
tapi jangan

jadikan alasan 'belum dapat hidayah' tu sebagai pegangan dalam hidup pula...
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
kita hidup nie bukan untuk bergembira semata,suka2,happy2,buat semua yang syaitan suka..
tapi kita diberi hidup adalah untuk beramal ibadah bagi mendapatkan redha ALLAH SWT..kerana hanya itu bekalan kita di akhirat kelak..
bagaimana nak dapat redha ALLAH?
Lakukan apa yang DIA perintahkan..
Jauhi laranganNYA...
Jika kita mengaku cinta padaNYA,maka perbanyakkanlah amal ibadah..berusaha penuhi semua ibadah yang wajib..
Ajaklah sahabat2 mu,saudara2 mu untuk berada di jalanNYA..
INGAT...!!!!
gunakan rangkaian sosial seperti facebook untuk benda2 yang baik..kemudahan di cipta adalah untuk menyenangkan kita menyebarkan ilmu dan mencari ilmu yang berguna..
jika ada web2 yang tak elok
tahan hati,
tahan mata,
tahan tangan,
tahan fikiran..
ingat..syaitan selalu ada cara untuk menyesatkan manusia..jadi ingatlah ALLAH SWT setiap saat,insyaALLAH,DIA pasti akan melindungi kita..
INGAT..!!
ANDA BUAT,ANDA DAPAT...
BUAT JAHAT,MAKA JAHATLAH JADINYA...
BUAT BAIK,MAKA BAIKLAH JADINYA...
jadi yang mana satu pilihan anda?
tepuk dada tanya iman..
(kalau tanya aiman,aiman kata aiman tak kisah)
sama2lah kita meningkatkan amal ibadah kita kepada ALLAH SWT ya..
insyaALLAH..amin...